Pelbagai laporan berita dan rencana telah dipaparkan di akhbar Utusan Borneo yang telah mencapai usianya setahun selepas akhbar berbahasa Melayu ini memiliki identitinya tersendiri yang sebelum ini menjadi akhbar sisipan The Borneo Post.
Sebagai warga Utusan Borneo, saya juga turut terlibat menyumbang laporan berita dan rencana dari Sandakan yang memiliki lima kawasan parlimen iaitu Sandakan, Libaran, Batu Sapi, Kinabatangan dan Beluran.
Semasa saya sedang mengambil gambar pada satu majlis rasmi di pekan Beluran, telefon bimbit milikku telah berbunyi yang telah mengejutkan saya, apatah lagi nombor yang terterah pada telefon bimbit itu adalah nombor telefon pejabat Utusan Borneo dari Kota Kinabalu.
Dengan perlahan-lahan dan rasa gementar, saya menyambut panggilan berkenaan yang mana panggilan itu dibuat oleh Pengarang Berita, Lichong Angkui yang mengarahkan saya bagi menyiapkan nota seorang wartawan buat kali kedua.
Rupa-rupanya sudah sampai giliran saya membuat laporan Nota Seorang Wartawan. Apabila difikir, saya rasa bangga apabila diberi peluang menulis pengalaman selaku wartawan di akhbar ini dan apatah lagi laporan Nota Seorang Wartawan kali ini merupakan paparan pertama bagi tahun ini (2009).
Apabila dicongak pengalaman 12 tahun yang lepas terlibat dalam dunia kewartawanan, pelbagai pengalaman manis dan pahit telah dilalui. Sebelum ini, saya telah memaparkan pada ruangan Nota Seorang Wartawan kali pertama berhubung pengalaman pertama saya semasa mula memasuki dunia kewartawanan.
Tetapi kali ini, saya hendak berkongsi pengalaman dengan pembaca akhbar ini berhubung pengalaman saya dua kali terselamat dari tragedi banjir lumpur dan tragedi jambatan runtuh semasa mengambil gambar dan laporan berhubung kejadian itu.
Semasa saya sedang dalam perjalanan balik ke rumah lebih kurang jam 5.30 petang telah menerima panggilan telefon dari seorang rakan memberitahu sebuah rumah di Kampung Sim-Sim telah runtuh akibat dipukul ombak.
Saya kemudiannya bergegas ke tempat kejadian bagi mengambil gambar dan laporan berhubung kejadian itu. Apabila sampai ditempat kejadian, saya telah bergegas masuk ke kampung itu. Saya melihat anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat dan pihak polis sedang membuat gerakan mengesan sekiranya terdapat mangsa di rumah yang runtuh itu.
Ketika saya sedang mengambil gambar, jambatan berhampiran ditempat saya berdiri bersama penduduk kampung tiba-tiba runtuh yang telah menyebabkan beberapa penduduk kampung dan seorang anggota penyelamat turut terjatuh ke laut yang bergelora.
Jambatan yang runtuh itu hanya terletak lebih kurang setengah meter dari tempat saya berdiri mengambil gambar. Dalam keadaan kelam-kabut, saya kemudiannya beredar dari tempat kejadian itu dengan rasa syukur kepada Allah SWT. Anggota penyelamat kemudiannya menyelamatkan penduduk kampung yang telah terjatuh ke laut itu sebelum dihantar ke Hospital Duchess Of Kent bagi menerima rawatan.
Dalam kejadian kedua pula, lebih kurang jam 10 malam sewaktu sedang berehat dirumah. Saya telah menerima satu panggilan yang mengatakan satu kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa telah berlaku di kawasan setinggan berhadapan dengan Kampung Lupak Meluas Batu Sapi.
Saya kemudiannya mengambil kamera dan buku nota yang terletak diatas meja dengan bergegas segera ke lokasi kejadian. Apabila sampai ditempat kejadian, saya meletakkan kereta di tepi jalanraya.
Saya diberitahu dimana kawasan tanah runtuh itu berlaku lebih kurang 150 meter dari jalanraya. Dalam keadaan yang gelap saya hendak mahu ke dalam kawasan itu bagi mengambil gambar pasukan penyelamat mencari mangsa yang tertimbus.
Ketika hendak memulakan langkah masuk, seorang rakan setugas ku pada masa itu (James leong) telah menghubungi saya melalui telefon bimbit bagi melarang ku mengambil gambar dengan alasan gambar yang akan diambil itu tidak cantik kerana hujan masih lagi turun.
Saya kemudiannya bersetuju dan keluar dari lokasi kejadian. Lima minit kemudian, laporan pasukan keselamatan memberitahu dimana runtuhan kedua telah berlaku yang mana telah menyebabkan banjir lumpur di lokasi runtuhan.
Seorang wartawan yang merupakan rakan karib saya dari akhbar berbahasa Cina telah tertimbus dan telah berjaya diselamatkan oleh seorang anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat. Mujurlah beberapa anggota penyelamat yang menjalankan operasi mencari disitu berjaya menyelamatkan diri.
Saya tidak menyangka kejadian itu akan menimpah rakan saya yang pada masa itu berada lebih lima meter dihadapan saya ketika masuk ke lokasi kejadian. Mujurlah saya menerima panggilan telefon dari James Leong. Kalau tidak sudah tentu saya juga akan terlibat dalam kejadian itu.
Banyak lagi pengalaman yang saya telah lalui tetapi ruang ini amat terhad bagi saya berkongsi pengalaman dengan para pembaca.
Saya merasakan pengalaman sebeginilah yang menjadikan saya lebih matang dalam menjalankan tugas-tugas harian sebagai seorang wartawan.