Lawatan ke Janakuasa Manjung adalah satu lawatan yang mempunyai pelbagai kenangan yang menarik antara semua peserta yang terdiri dari Media Sabah. Kami tidak terlepas melihat keindahan persekitaran dan merasai makanan laut di Lumut, Manjung dan Pangkor.
Isu pencemaran alam sekitar yang dibangkitkan oleh setengah pihak berhubung Stesen Janakuasa Arang batu adalah satu perkara yang tidak benar. Melalui teknologi yang canggih dan kepakaran TNB, isu itu berjaya ditangani. Memanglah satu-satu perkara itu ada baik dan keburukkannya. Tetapi jangan kita asyik memandang negatif sahaja tanpa membuat kajian menyeluruh.
Kami melihat sendiri pembangunan di Daerah Manjung dan bandar Lumut amat membangun selepas memiliki Stesen Janakuasa Manjung.