KELAB MEDIA SANDAKAN SEDANG DALAM PENUBUHAN
Usaha mewujudkan Kelab Media Sandakan yang dianggotai oleh media di Sandakan merupakan satu usaha yang baik mengeratkan silaturahim dikalangan pengamal media yang terdiri daripada wartawan akhbar dan elektronik, kakitangan RTM, Jabatan Penerangan dan individu-individu yang berkaitan dengan dunia kewartawanan.
Difahamkan, semua anggota jawatankuasa merupakan terdiri daripada wartawan beberapa akhbar, RTM dan Jabatan Penerangan.
Saya juga bersyukur kerana diberi peranan yang penting dalam penubuhan kelab ini bersama rakan-rakan termasuk wartawan yang bertugas di beberapa akhbar berbahasa Cina.
Ini adalah satu kebangkitan yang baik dalam dunia kewartawanan di Sandakan. Walaupun saya dan beberapa rakan lain merupakan ahli Persatuan Wartawan Sabah (SJA).
Terima kasih kepada rakan-rakan wartawan yang sama-sama berusaha menubuhkan kelab ini dengan nada dan suara yang sama dalam dunia kewartawanan.
25 Julai 2009- 1.52 am