LAPORAN KHAS JANAKUASA ARANG BATU YANG DIKELUARKAN DI AKHBAR UTUSAN BORNEO PADA 29 JANUARI 2009

Cadangan projek pembinaan sebuah Stesen Janakuasa Arang Batu di tapak Palm Oil Industrial Cluster (POIC) di Sandakan bagi menampung keperluan bekalan elektrik di kawasan Pantai Timur Sabah akan membawa faedah sosia ekonomi kepada masyarakat Sabah.

Masyarakat Sabah akan lebih jauh membangun dengan adanya Stesen Janakuasa Arang Batu berkenaan berbanding hari ini yang mana bekalan elektrik yang sedia ada tidak mampu menyediakan bekalan secukupnya kepada pengguna .

Malahan diburukkan lagi apabila kawasan Pantai Timur Sabah ini sering mengalami gangguan bekalan elektrik sehingga boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada syarikat-syarikat besar mahupun pengguna di kawasan itu.

Sandakan merupakan satu kawasan yang teruk dilanda gangguan bekalan elektrik sehingga menyebabkan golongan pelabur takut untuk melabur di kawasan ini ekoran bekalan elektriknya yang kurang stabil.

Boleh dikatakan sehingga hari ini, bekalan elektrik sering terputus kerana masih mempraktikkan menggunakan cara lama sebagai sumber tenaga terutamanya janakuasa menggunakan bahan diesel.

Penggunaan cara lama ini bukan sahaja kos penyelenggaraannya mahal malahan kapasiti penggeluaran tenaga adalah amat kecil berbanding janakuasa arang batu.

Purata perpindahan tenaga eletrik harian ke penguna di bahagian timur adalah 60 megawatt iaitu 30 peratus dari permintaan harian di pantai timur.

Pergantungan terhadap janakuasa dari pantai barat dijangka meningkat kepada 50 peratus pada tahun depan (2010), dan 75 peratus pula menjelang tahun 2013. ketidakstabilan kuasa dalam grid akan mendedahkan pantai timur kepada risiko terputus bekalan eletrik jika berlakunya gangguan ke atas grid 270km di pantai barat seperti Kota Kinabalu.

Projek ini akan menjadi pemangkin kepada nadi penggerak kepada kemajuan Koridor Pembangunan Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur termasuklah dalam sektor industri berat, logistik, servis janakuasa, pembinaan , servis senggeraan, pengangkutan dan penjualan abu pembakaran arang batu kepada kilang simen.

Ini akan meningkatkan lagi pemindahan teknologi janakuasa yang sedia ada dalam menyediakan bekalan kuasa yang terjamin kepada pengguna di Sabah.

Kewujudan janakuasa arang batu ini juga akan meningkatkan kemajuan infrastuktur sekaligus memberi keyakinan terhadap pelabur untuk melabur di Sabah khususnya di Sandakan.

Projek pembinaan yang bernilai RM 300 juta ini akan memberi peluang pekerjaan 3000 penduduk tempatan dan syarikat-syarikat tempatan akan mendapat pengagihan projek.

Projek ini bukan sahaja membuka ruang yang luas kepada golongan belia tempatan bagi mendapat pekerjaan yang memiliki kemahiran. Apabila stesen janakuasa berkenaan beroperasi sudah tentu 200 orang akan mendapat peluang pekerjaan yang tetap.

Projek cadangan pembinaan stesen janakuasa arang batu yang terletak berdekatan Sungai Seguntor ini mempunyai keluasan bagi 1200 hektar yang mana mempunyai dua fasa iaitu fasa pertama (400 hektar) dan fasa kedua (720 hektar).

Lokasi pembinaan projek ini mempunyai kapasiti air laut yang memcukupi untuk sistem penyejutkan tarbin dan operasi FGD serta lokasi berkenaan sesuai untuk membina pelabuhan laut bagi penghantaran arang batu.


KEWUJUDAN STESEN JANAKUASA ARANG BATU TIDAK MENJEJASKAN AKTIVITI NELAYAN DAN ALAM SEKITAR.

Ramai yang beranggapan kewujudan stesen janakuasa arang batu akan menjejaskan aktiviti nelayan dan alam sekitar. Tetapi tidak ramai orang mengetahui fakta sebenar sistem janakuasa arang batu yang bakal dibangunkan ini menggunakan sistem pengawalan pencemaran termasuk pelepasan udara, pembuangan abu dan pelepasan air suam ke laut yang mengikut piawaian Kualiti Alam Sekitar.

Isu pencemaran yang sering dibangkitkan oleh setengah pihak mengenai janakuasa arang batu disifatkan sebagai cetek pengetahuan tanpa membuat kajian secara menyeluruh termasuk mendapatkan maklumat dari golongan nelayan, penduduk kampung dan pihak berwajib yang menetap berhampiran janakuasa arang batu sedia ada di Malaysia.

Setengah pihak beranggapan banyak keburukkan berbanding kebaikkan yang mereka ketahui hasil maklumat yang mereka perolehi dari internet.

Sewajarnya ambil sikap positif dan buat kajian menyeluruh seperti yang dilakukan oleh sekumpulan pihak media dari Sabah yang terdiri daripada penulis, Sante Villiamon ( News Sabah Times), Arinah Arip ( Daily Express) dan Quik Mong Seng ( Merdeka Daily News) baru-baru ini yang berusaha membuat kajian sendiri dengan menyelami dan mendapatkan maklumat kehidupan golongan nelayan dan penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan dua stesen janakuasa arang batu iaitu Stesen Janakuasa Arang Batu Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Kapar, Selangor dan Stesen Janakuasa Arang Batu Sultan Azlan Shah di Manjung, Perak.

Kajian kumpulan media ini juga mendapati dari hasil lautnya ke kediaman manusia tidak pula ada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan stesen janakuasa berkenaan berhadapan dengan penyakit kronik yang disebabkan oleh pencemaran asap, debu atau air kumbahan yang dikeluarkan ke laut. Malah kebaikannya sistem yang digunapakai di stesen tersebut telah memberi manfaat kepada penghuni yang mendiaminya.

Saya merupakan salah seorang kakitangan media yang terlibat membuat kajian berkenaan akan mendedahkan pengalaman dan maklumat yang diperolehi sepanjang enam hari menyelami kehidupan golongan nelayan dan penduduk kampung berhampiran dua stesen janakuasa berkenaan dalam enam siri laporan akan datang.

Pihak media juga berpeluang memperolehi maklumat terperinci dari Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor Thalathiah Haji Saidin, Naib Presiden Kanan ( Hal Ehwal Korporat) Tenaga Nasional Berhad Dato’ Abdul Razak Abdul Majid dan Pengarah Urusan Stesen TNB Janamanjung Chong Swee Choon.

Setiap lawatan yang kami buat bertemu dengan golongan nelayan dan penduduk kampung sudah tentu kami akan perolehi jawapan yang sama iaitu ”TIADA BERLAKU PENCEMARAN”. Kedatangan kumpulan media dari Sabah ini yang sebahagiannya pernah menyertai lawatan 42 orang yang terdiri daripada kumpulan membantah projek pembinaan janakuasa arang batu di Sabah termasuklah Dewan Perniagaan Tiong Hua dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (Ngo’s) keempat stesen janakuasa arang batu di negeri Sarawak, Johor Selangor dan Perak pada bulan September tahun lepas.

Tamat.