Lawatan sambil belajar Media Sabah. Kelihatan seorang kakitangan pelancongan memberi penerangan berhubung keindahan lanskap menyusuri tasik Putrajaya Kuala Lumpur
NAMA : YUSOP TEPPO @ ARMIE TARIKH LAHIR : 27 JANUARI 1978 JAWATAN : WARTAWAN / JURUFOTO BERTUGAS DI AKHBAR UTUSAN BORNEO SABAH SEJAK JANUARI 1997. * PERNAH BERTUGAS DI AKHBAR BERITA SABAH DAN BORNEO MAIL.
Anak kelahiran Sandakan ini bukannya datang dari keluarga yang mewah tetapi hanya seorang anak kampung yang terletak 50 kilometer dari pusat bandar Sandakan.
Kehidupan sejak kecil adalah hidup dalam keadaan yang susah. Maklumlah anak kampung. Ayah seorang kakitangan kerajaan negeri yang bergaji hari tetapi kini telah bersara dan ibu hanya seorang surirumah.
Menyingkap kenangan yang lalu, rupa-rupanya saya mula berdiri dikaki sendiri selepas menjalani peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimana bekerja di sebuah ladang kelapa sawit yang baru buka di batu 24 Jalan Labuk.
Sikap yang suka berdikari sendiri ini sekali lagi telah membuat saya bekerja di sebuah anak syarikat milik kerajaan yang mengendalikan pembenihan benih kelapa sawit. Ini adalah kerja yang bukan mudah dimana setiap pekerja terpaksa memanjat pokok kelapa sawit setinggi 40 hingga 100 meter bagi melakukan pembenihan buah sawit.
Hanya berbekalkan sebuah tali pinggang keselamatan dengan peralatan pembenihan, setiap pekerja di ladang itu akan memanjat pokok sawit dengan menggunakan tangga besi yang sediakan.
Ini adalah satu cabaran yang akan ditempuhi oleh setiap pekerja disitu. Bahaya turut ada dimana-mana salah satunya bukan sahaja kita boleh terjatuh tetapi binatang berbisa seperti ular, lipan dan kala jangking pasti akan ditemui diatas pokok kelapa sawit berkenaan.
Apabila menjadi seorang petugas media, saya merasakan kenangan lalu adalah sebuah pengalaman yang harus tidak dilupakan. Banyak kenangan manis dan pahit telah dilalui.
Setiap orang masing-masing mempunyai pengalaman hidup tersendiri. Oleh itu, sebagai seorang hamba Allah maka kita perlu redah setiap ketentuan yang mendatang kepada kita. Yang baik kita jadikan penganjaran, manakala yang buruk pula kita jadikan sempadan dalam menjalani kehidupan harian.
KINABALU SHELL PRESS AWARDS 2009
7 Ogos 2009 - merupakan tarikh yang tidak dilupakan diumumkan sebagai pemenang Anugerah Kewartawanan Bahasa Melayu pada majlis Kinabalu Shell Press Awards 2009 di Hotel Shangri-La's Tanjung AruResort, Kota Kinabalu.
Rencana tujuh siri bertajuk Arang Batu telah membawa tuah kepada saya bagi merangkul anugerah berkenaan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Anugerah Kewartawanan Bahasa Melayu ini telah dihakimi oleh CEO Malaysia Press Institute Dato' Chamil Wariya (ketua hakim), Former Manager Editorial Department Hajjah Ruseminah Ahmad, Former Editor Dewan Masyarakat Drs. Ahmad Fadzil Yassin dan Lecturer Journalism UiTM Dr. Rahmat Ghazali.
1- Anugerah Aprisiasi Kelab Media Sandakan Kategori Penulisan Berita Jenayah 1997-1998 dari Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Malaysia YB Datuk Haji Mohd Shafie Haji Apdal pada 16 Disember 1998 di Sabah Hotel.
2- Surat Penghargaan dari Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintenden Mashud Haji Awang Hamid sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 192 pada 25 Mac 1999 di IPD Sandakan.
3- Surat Penghargaan dari Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Hashim Mohd Yusof pada 13 Oktober 2001 di IPD Sandakan.
4- Surat Penghargaan dari Ketua Polis Marin Wilayah Sabah, Superintenden Mohd Yusof Wok pada 14 Jun 2002 di Ibu Pejabat Polis Marin Wilayah Sabah, Sandakan.
5- Surat Penghargaan dari Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Jaini Abdul Kadir sempena Sambutan Peringkatan Hari Polis Ke 196 pada 25 Mac 2003 di IPD Kinabatangan.
6- Surat Penghargaan dari Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Suhaimi Haji Mohd Ali sempena Sambutan Peringkatan Hari Polis Ke 197 pada 25 Mac 2004 di IPD Sandakan.
7- Surat Penghargaan dari Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Iliyas Ibrahim pada 3 September 2004 di IPD Sandakan.
8- Sijil Penghargaan dari Pengarah Kastam Negeri Sabah, Dr. (H) Haji Hassan Arshad sempena Majlis Perhimpunan Setia dan Mesra KDRM Sandakan pada 23 Mac 2005 di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sandakan.
9- Sijil Penghargaan dari Menteri Pertanian & Industri Makanan merangkap Exco Penerangan Negeri Sabah, YB Datuk Haji Abdul Rahim Ismail sempena Kembara Merdeka 2005 (Jabatan Penerangan Malaysia) Peringkat Negeri Sabah.
10- Penghargaan dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Maximus Johnity Ongkili bagi tahun 2005 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Kuala Lumpur.
11- Surat Penghargaan dari Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mashud Haji Awang Hamid sempena Peringkatan Hari Polis Ke 199 pada 25 Mac 2006 di IPD Sandakan.
12- Sijil Penghargaan dari Pengarah Penjara Sandakan, Aziz Khan Hamid Khan sempena Hari Penjara 2006 pada 7 November 2006 di Jabatan Penjara Sandakan.
13- Surat Penghargaan dari Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mashud Haji Awang Hamid pada 1 Disember 2006 di IPD Sandakan.
14- Penghargaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sandakan kepada Rakan Media 2007 disampaikan oleh Pengarah Kastam Sabah, Datuk Yusop Mansor pada 4 Januari 2008 di Sabah Hotel.
15- Surat Penghargaan dari Pegawai Pemerintah Batalion 15 Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Lee Moh Le sempena Sambutan Peringkatan Hari Polis ke 201 pada 25 Mac 2008 di Ibu Pejabat Batalion 15 PGA Sandakan.
16- Sijil Penghargaan dari Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sabah, Khiruddin Drahman sempena sambutan Hari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah pada 23 Mac 2009 di Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat Zon Sandakan.
REJIMEN ASKAR WATANIAH 507
Pernah berkhidmat di Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) Rejimen Askar Wataniah 507 selama tiga tahun sejak bulan Mei 1995.
Memegang nombor tentera 6066676 telah mengangkat sumpah setia kepada Raja dan Negara di Mahkamah Majistret Sandakan.
Buat pertama kali menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan Rejimen Askar Wataniah 507 Kem Lok Kawi , Kota Kinabalu dan Kem Tentera Paradesh, Kota Belud selama sebulan.
Telah menyertai latihan tahunan di Kem Tentera Paradesh, Kota Belud dan selain menjalani latihan lanjutan ketenteraan di Kem Rejimen Askar Wataniah 507 di Batu 1 ½ Jalan Maktab Sandakan.
DATUK HAJI AKLEE HAJI ABBAS
Pernah diberi kepercayaan penuh oleh mantan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Haji Aklee Haji Abbas menjalankan tugas sebagai pegawai akhbar sambilan di Pejabatn ADUN Sukau pada tahun 1999 hingga 2002. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya lalui sepanjang berkhidmat dengan beliau. Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau sudah senonim dalam kehidupan harian saya semasa bertugas disitu. Banyak yang saya ketahui dan kenali pemimpin di peringkat akar umbi. Tetapi perjalanan ini tidak panjang, banyak lagi yang perlu saya pelajari dalam menempuh kehidupan harian dalam dunia kewartawanan. Saya amat berterima kasih kepada Datuk Haji Aklee Haji Abbas dan keluarga serta kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Masyarakat (UPKR) pada masa itu yang diketuai oleh Abdul Agas. Tanpa mereka siapalah saya dalam melaksanakan tugas-tugas selaku pegawai akhbar pada masa itu.
Datuk Aklee bersama keluarga
KELAB PEMILIK KERETA KANCIL SANDAKAN
Sebagai Pengerusi Kelab Pemilik Kereta Kancil Sandakan bermula Disember 2007 hingga hari ini. Pernah menjawat jawatan Timbalan Pengerusi selama empat tahun. Kelab ini mula ditubuhkan pada Disember 2001 dan kini memiliki keahlian melebihi 50 orang. Siapa tidak kenali kelab kancil ini yang merupakan salah satu kelab yang paling aktif di negeri di bawah bayu. Pelbagai aktiviti kelab ini sering terpapar di majalah-majalah kereta terutamanya di K-Kompak dan Gila Kereta.
DATUK JONISTON BANGKUAI
Siapa tidak kenali Datuk Joniston dalam dunia kewartawanan di negeri Sabah. Beliau merupakan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) yang berjaya menonjolkan SJA sebagai sebuah persatuan yang disegani di Malaysia.
RAKAN-RAKAN MEDIA
USWATUN HASANAH
Seorang rakan istimewa dari negara Indonesia yang banyak membantu saya dalam bidang kewartawanan. Beliau juga seorang rakan yang baik hati dan memberi semangat kepada saya dalam bidang yang amat mencabar ini. Saya amat terhutang budi padanya. Saya hanya termampu ucapkan terima kasih dan berdoa agar Allah melindungi serta memberi kesihatan yang berteruskan kepadanya... amin
JAMES LEONG
Saya mengucapkan terima kasih kepada mantan rakan setugasku ni yang juga mantan bos ku semasa di Akhbar The Borneo Post Sandakan yang banyak membimbing saya dalam bidang kewartawanan sejak November 1996 hingga 2008. Kini bertugas di akhbar News Sabah Times. Beliau juga adalah salah seorang guru saya dalam bidang ini.
ARINAH ARIP / SANTE VILLIAMON
Rakan setugas yang banyak memberi idea dalam menulis satu-satu berita. Walaupun kami dari akhbar berlainan tetapi mereka tetap membantu.
HASLIN GAFFOR
Rakan setugas yang pernah bersama-sama bertugas di akhbar The Borneo Post / Utusan Borneo sejak tahun 1998 hingga 2005 sebelum memasuki Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Kuala Lumpur. Sebelum ini, beliau merupakan wartawan Harian Mercu (1997). Beliau kini bertugas sebagai Koresponden (Pewarta) Bernama Daerah Sandakan. Beliau juga merupakan sahabat dalam bidang kewartawanan yang banyak membantu saya dalam bidang ini. Beliau juga merupakan seorang yang berjaya dalam bidang ke wartawan dan boleh dikatakan setiap tulisan berita serta rencananya mendapat pengiktirafan dari Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Bernama.
HAJI OTHMAN ABDUL HAMID
Seorang rakan yang saya paling hormati dalam bidang ke wartawan. Beliau merupakan seorang wartawan penyiaran yang paling lama bertugas di RTM Sabah sejak tahun 70-an lagi.
RAZALI BABA
Beliau merupakan seorang rakan yang boleh dikatakan berjaya dalam bidang kewartawanan. Beliau yang bersifat sederhana ini bertugas sejak tahun 2004 sebagai wartawan di RTM Kota Kinabalu sebelum dipindahkan bertugas ke Kuala Lumpur dan kembali semula ke Kota Kinabalu. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengawal Penyiaran Sandakan FM sehingga hari ini. Kelihatan digambar, Razali (kiri) dan Haslin sedang menemubual seorang pelancongan asing di sebuah pusat pelancongan di Sukau.
AWANG AHMAD ONGKANG
Seorang rakan yang banyak mengajar saya dalam bidang kewartawanan. Beliau telah melebihi 20 tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan. Beliau juga adalah sifu saya dalam bidang kewartawanan dan kini beliau bertugas sebagai Pegawai Perhubungan dan Media bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, YB Saddi Abdul Rahman.
AZLINAH NINENG
Seorang rakan yang banyak membantu dalam bidang kewartawanan semasa sama-sama bertugas di Sandakan. Beliau kini bertugas di RTM Kota Kinabalu.
SAJIRI IBIN
Rakan setugas dalam bidang kewartawanan. Jondie lebih mesra dipanggil oleh rakan2 telah mula bertugas di RTM Sandakan sejak April 2005 dan kini bertugas di RTM Sandakan sebagai krew TV1.
SUPARMIN SUMADI
Beliau merupakan seorang krew TV di Sabah yang paling lama berkhidmat dalam bidang kewartawanan TV selama 13 tahun. Pernah bertugas dengan TV3, Sport Event And Net Work (SEN) dan Bernama TV. Kini beliau banyak menceburi diri dalam bidang perfileman dan DOP. Seorang rakan yang banyak membantu dalam bidang kewartawanan. Kini beliau bertugas di dibahagian pentadbiran Pejabat Bernama daerah Sandakan.
ISWADIMAN SAMSUDIN
Iswadiman atau lebih dikenali sebagai DJ Azroy merupakan seorang sahabat yang banyak membantu dalam pelbagai perkara terutamanya didalam bidang kewartawanan. Beliau merupakan bekas DJ radio Sandakan FM dan wartawan RTM Sandakan. Beliau kini bertugas di Keningau FM.
NURSYAFIQAH SULAIMAN
Bertugas sebagai wartawan di RTM Sandakan sejak Disember 2008. Seorang rakan dalam bidang kewartawanan yang baik dan banyak membantu.
RAYNER MAJANTIM
Rakan setugas yang bertugas di daerah Tawau sebagai Jurufoto Berita Nasional Malaysia (Bernama). Seorang yang baik dan banyak mengajar saya tentang teknik-teknik mengambar.
JAWLINDA JAWI
Seorang rakan wartawan yang rajin dan baik. Beliau yang merupakan akan kelahiran daerah Beluran pernah bertugas di akhbar Daily Express sebelum berpindah ke Sarawak mengikuti suaminya.
GAMBAR KENANGAN
Team futsal media-RTM
bersama Dato' Jins Samsudin selepas Perhimpunan UMNO 2009
Perhimpunan Umno 2009
Muzium Istana Seri Menanti Negeri 9
Bersama Haslin (bernama) dan RTM
Banjir Daerah Kinabatangan
Team futsal gabungan media, RTM dan Jab. Penerangan selepas bertembung dgn pemuda Umno
melepak...C Bos dan Haslin
bersama Rayner & Haslin berehat salah satu resort d Abai menyertai lawatan banjir dgn MP Kinabatangan
James, Haslin dan Sajiri semasa membuat liputan media di rumah kebajikan
Pengarah Kastam Sabah bersama Media 2008
bersama SU Akhbar Menteri (Siti)
Rakan2 RTM dan Peg. Jabatan Ketua Menteri
Lawatan Media Sabah ke KL
Sabar menanti ketibaan di-pertuan Agung
erti sebuah persahabatan...saling bermaafan
bersama piping, Rayner dan Sajiri lawatan bencana banjir di Abai