Tidak terfikir sama sekali diminda saya untuk menjadi seorang wartawan semasa penghijrahan ku ke pusat bandar Sandakan dari kampung halaman yang terletak 30 batu dari bandar bagi mencari pekerjaan pada 12 tahun yang lepas.
Hanya berbekalkan sedikit pengalaman bekerja Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, saya meneruskan langkah ke bandar bagi mencari apa juga pekerjaan. Dalam diri, saya telah bertekad untuk tidak memilih apa juga pekerjaan asalkan halal.
Saya telah terlibat secara langsung di dalam dunia surat khabar ini selepas diterima masuk bekerja oleh See Hua Group Sdn Bhd pada masa itu sebagai seorang penghantar surat khabar (akhbar The Borneo Post/ Utusan Borneo dan See Hua Daily News) milik syarikat berkenaan hasil bantuan anak lelaki abang sepupuku.
Sikap yang suka membaca artikal berbahasa melayu akhbar titipan The Borneo Post (Utusan Borneo) pada setiap pagi telah menarik perhatian seorang kakitangan akhbar berkenaan yang pada ketika itu yang merupakan seorang wartawan yang saya amat kagum dimana hasil penulisannya sering terpapar di muka depan akhbar The Borneo Post.
Saya masih ingat wartawan berkenaan (James Leong) telah meminta saya datang ke pejabat untuk hadir sesi temuduga sebagai seorang wartawan berbahasa melayu pada sebelah petang hari ekoran kekosongan wartawan Utusan Borneo di pejabat Sandakan.Selepas selesai menghantar lebih 200 keping khabar berkenaan dengan menggunakan motorsikal milik syarikat, saya telah bergegas balik ke rumah untuk menukar pakaian yang lebih kemas bagi menghadiri sesi temuduga berkenaan.
Jam ditangan kelihatan tepat jam 2.45 petang, saya telah diarahkan bagi mengisi borang permohonan dan menyerahkan salinan dokumen serta sijil persekolahan sebelum diarahkan membuat dua bua artikal berita kemalangan dan berita mahkamah.
Dengan sedikit ilmu yang ada, saya telah berusaha menyiapkan dua berita itu seperti yang diarahkan oleh pihak syarikat berkenaan.Saya amat terkejut apabila saya dimaklumkan oleh pihak pengurusan syarikat itu agar datang setiap petang selepas menghantar surat khabar untuk membuat berita berbahasa melayu (Utusan Borneo) dan menjadi wartawan sambilan.
Sebagai seorang insan yang mempunyai sifat kekurangan, secara jujur saya mengatakan saya merasa satu kepuasan apabila hasil tulisan pertama terkeluar di dada akhbar. Pada masa itu, perkataan yang sering diucapkan dihadapan rakan-rakan adalah ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarang Utusan Borneo (Kota Kinabalu), Samsul Ali Maran dan Pengarang Utusan Borneo di Pantai Timur (Tawau), Rizal Bong Putra.
Beberapa bulan bertugas di akhbar itu sebagai wartawan sambilan, pada 1 Januari 1997 merupakan detik yang paling manis buat diri ku selepas menerima surat tawaran dari pihak syarikat agar menjadi wartawan sepenuh masa.
Dari minat yang tinggi untuk menjadi seorang penulis , saya telah menerima tawaran itu dan melepaskan tugas sebagai seorang penghantar surat khabar di syarikat itu.Berulang-alik berjalan kaki dari pejabat ke mahkamah dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) adalah menjadi rutin kehidupan harian sebagai wartawan yang diarahkan ditugaskan disitu.
Tunjuk ajar dan bimbangan dari rakan setugas pada masa itu (James Leong) telah banyak membantu saya untuk menghasilkan tulisan yang lebih baik selain terpaksa membanyakkan membaca artikal-artikal berita dibebarapa buah akhbar berbahasa melayu.
Rakan-rakan dalam Kelab Media Sandakan seperti Rusdik Enchi, Salman Abadi, Saimon Jumadi, Rozallin Hashim, Mustafah Mohd Hassan, Mohamad Mohd Ali, Bonnie Juanico, Sante Villiamon dan Awang Ahmad juga banyak memberi tunjuk ajar dan bertukar-tukar pendapat dalam dunia kewartawanan.Pada pilihanraya 1999, kehadiran abang angkat saya di Sandakan yang merupakan seorang wartawan berita nasional dari Kuala Lumpur telah banyak memberi ilmu penulisan berita kepada saya yang disifatkan masih cetek dalam bidang kewartawanan.
Sebagai seorang wartawan, saya tidak dapat lari dari memiliki perasaan takut , kesian dan merasa mengeri apabila melihat beberapa kejadian kemalangan maut, kejadian bunuh, kejadian kebakaran yang meragut nyawa, kejadian tanah runtuh menimbus beberapa buah rumah sehingga mengorbankan nyawa dan beberapa kejadian lain.
Kejadian yang tidak pernah saya lupakan dalam ingatan adalah kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 13 orang termasuk kanak-kanak dan seorang ibu yang sedang sarat mengandung di Kampung Gelam yang terletak dilereng Bukit Ching Ming bersebelahan pasar malam.
Banyak lagi kejadian-kejadian mengayat hati yang tidak saya dapat gambarkan dan katakan kerana ia merupakan asam garam yang akan ditemui oleh setiap individu yang bergelar wartawan.Bagi saya biarlah pengalaman yang saya telah temui ini akan terus menjadi kekuatan buat saya dalam melangkah lebih jauh lagi dalam bidang kewartawanan.