DUA RAKAN LAMA YANG SAMA2 SMK GG
(21 Februari 2010)
Tidak sangka juga saya telah bertemu dengan dua rakan lama yang sama2 bersekolah di SMK Gum-Gum. Dua rakan ini merupakan rakan yang karip dan pernah sama2 duduk selama sebulan di asrama sekolah sebelum menduduki peperiksaan PMR.
Banyak perkara yang kami bincangkan semasa pertemuan itu termasuklah tentang reunion yang akan diadakan pada tahun ini. Parkara yang hangat kami bincangkan tentang kenakalan sewaktu bersama di sekolah...hahahaha
Banyak kenangan kami kupas dan saya amat tertarik dengan kata2 salah seorang dari mereka iaitu " JANGAN MENGHARAP SESUATU YANG TIDAK PASTI" ... kata2 ini adalah kata yang sering dilapazkannya. Saya merasa hairan juga mengapa kata2 itu dilapazkannya.... tertanya dalam diri sendiri ????? tp saya tdk bertanya lah tentang kata2 itu.
Sepanjang perbualan kami, dia ada menyebut nama seseorang yang dia pernah sayang. Orang yang dia sayang ini juga salah seorang rakan kami karip juga.. Baru lah saya tahu, kata2 itu pernah dia lapazkan pada wanita kesayangannya itu. Walaupun tiada jodoh, dia bersyukur kepada Allah kerana pada pengetahuannya bekas wanita kesygannya itu kini bahagia disamping suami tercinta.... Walaupun saya mengetahuan perkara sebenar tentang bekas teman wanita itu kerana saya sering berhubung, saya hanya mengangguk kepala semasa dia bercerita. Saya tidak mahu berkata apa2 tentang bekas teman wanita itu kerana saya takut perasaan rakan karip ini terguris..
Sewaktu dia asyik bercerita tentang zaman sekolah kami, saya telah menghantar sms pada bekas teman wanitanya dimana memberitahu yang saya pada masa itu sedang duduk bersama bekas boyfriendnya. Kami sering berbalas SMS tanpa pengetahuan rakan karip saya ini.
Keasyiknya bercerita telah membuat saya terfikir sesuatu dimana kesetiaan dan kejujuran perlu ada dalam setiap perhubungan dua insan DAN kata2nya " JANGAN MENGHARAP SESUATU YANG TAK PASTI " itu adalah satu yang nyata bagi kita jadikan sebagai panduan hidup.
Walaupun saya kurang sihat pada hari perjumpaan kami ini, saya tetap turun untuk berjumpa dengan dua rakan karip saya ini. Walaupun lama tdk berjumpa, tp kami tetap mcm dulu. Ini lah di manakan erti nilai sebuah persahabatan... (ARM-ERW-MAY).....