NOTA SEORANG WARTAWAN KALI -3 YANG DIKELUARKAN PADA 18 MEI 2009 DI AKHBAR UTUSAN BORNEO


Tidak saya sangka rupa-rupanya sudah tidak giliran saya untuk membuat laporan nota seorang wartawan. Ini adalah kali ketiga saya diberi ruang menulis pada dada akhbar Utusan Borneo bagi menceritakan sama ada pengalaman atau isu yang dilalui oleh seorang yang bergelar wartawan.

Setelah lima bulan dilalui sepanjang tahun ini, saya mahu menceritakan tentang teknologi yang moden mampu menjaga kebersihan alam sekira sekaligus memberi manfaat kepada rakyat.

Ramai yang beranggapan apabila disebut sahaja nama sebagai arang sudah tentu ia satu benda kotor dan mencemarkan alam sekitar. Sudah tentu pelbagai andaian buruk tentang benda yang saya nak ceritakan iaitu arang batu.

Tetapi saya pasti ramai yang tidak mengetahui dimana kepentingan arang batu ini yang boleh memberikan kita bekalan elektrik dengan penggunakan teknologi moden yang lebih canggih dengan pelbagai sistem kawalan pencemaran.

Saya bersama rakan-rakan media dan pegawai kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan dari daerah Sandakan telah dua kali membuat lawatan ke beberapa stesen janakuasa arang batu di Semenanjung Malaysia yang menggunakan teknologi moden bagi menjana bekalan elektrik ke seluruh semenanjung.

Dengan kewujudan stesen janakuasa moden ini, ia telah memberi manfaat yang besar kepada rakyat untuk menikmati bekalan elektrik yang lebih baik. Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah satu-satunya agensi tenaga di Malaysia yang memiliki pelbagai kepakaran tentang sumber tenaga Negara.

Pengalaman yang saya lalui sepanjang lawatan dua kali itu adalah benar dimana pihak TNB amat menitikberatkan soal pencemaran alam sekitar dan pihak TNB tidak pernah mengabaikan sedikit pun tentang penjagaan alam sekitar pada teknologi yang mereka gunakan.

Ini terbukti apabila lawatan kali kedua pihak media ke dua janakuasa arang batu iaitu di Kapar yang terletak di Kuala Selangor dan di Manjung, Perak. Pihak media telah membuat kajian tentang kehidupan yang dilalui oleh golongan nelayan dan penduduk kampung yang tinggal disekitar kawasan stesen janakuasa berkenaan.

Bukan itu sahaja, pihak media juga berpeluang melihat kawasan pelancongan terkenal di Pulau Pangkor yang hanya terletak lima kilometer dari Stesen JanaManjung. Melihat pembuangan sisa air suam dari stesen janakuasa arang batu itu adalah bersih dan menjadi sumber pendapatan nelayan yang mana kawasan itu sesuai untuk ternakan kupang dan kerang. Kaki-kaki pancing juga menjadikan tempat itu tempat utama mereka menjoran ekoran tempat itu adalah tumpuhan ikan.

Melihat sangkar ternakan ikan dalam sangkar di Pulau Pangkor, ternakan kupang (Pulau Pangkor), ternakan kerang (Kuala Selangor) dan ternakan ikan keli di Kampung Permatang hanya terletak lima kilometer dari Stesen JanaManjung.

Tetapi lain pula ceritanya di Pantai Timur Sabah. Kalau di dua negeri berkenaan iaitu Selangor dan Perak menikmati bekalan elektrik yang baik tetapi sesetengah pihak yang mendakwa mereka lebih mengetahui tentang stesen janakuasa arang batu ini dan memiliki satu kepentingan telah membuat bantahan bagi pembinaan stesen janakuasa arang batu itu di Sandakan.

Dakwaan kononnya berlaku pencemaran alam sekitar dan pelbagai dakwaan negetif tentang stesen janakuasa arang batu ini didagangkan ceritanya kepada seluruh rakyat di Sandakan sedangkan mereka tidak mengetahui hanya TNB sahaja yang memiliki kepakaran dalam perkara ini.

Mereka tidak sedar penggunaan teknologi moden mampu mengatasi masalah pencemaran seperti yang terdapat di Kuala Selangor dan Manjung. Pihak ini tidak sedar dimana Sandakan dan beberapa Bandar di Pantai Timur Sabah akan kekurangan bekalan elektrik dalam tiga tahun lagi apabila pembangunan di Sandakan seperti kewujudan bandar-bandar baru, taman-taman perumahan dan Hab-Pendidikan.

Baru-baru ini, apabila bekalan elektrik sering terputus di kawasan Pantai Timur Sabah terutamanya di Sandakan dimana orang yang paling bising adalah pihak yang membuat bantahan pengwujudan stesen janakuasa arang batu.

Inilah yang diibaratkan sebagai memukul tin kosong. Mereka ini hanya tahu bercakap dan memburukkan pihak kerajaan apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik sedangkan rancangan menyediakan bekalan elektrik yang lebih baik terpaksa ditangguhkan ekoran sikap kepentingan individu ini yang mahu test marketnya sama ada rakyat menyokongnya atau tidak.

Inilah akikatnya dimana rakyat Sandakan akan mengalami gangguan bekalan yang kerap ekoran bekalan elektrik yang ada tidak dapat menampung keperluan rakyat. Kerajaan mahu mendirikan stesen janakuasa yang baru kena tolak pula oleh kumpulan tertentu.

Tapi berbeza dengan kami yang telah menyelami sendiri kehidupan penduduk di semenanjung yang menikmati bekalan elektrik yang baik hasil penjanaan stesen janakuasa arang batu yang tidak mencemarkan alam sekitar dengan penggunakan teknologi moden.

Semasa saya menulis nota ini, saya teringat pula seorang kawan iaitu Lichong Angkui yang pada masa itu adalah orang yang banyak membantu saya dalam menyediakan tujuh siri laporan khas mengenai Stesen Janakuasa arang batu mengenai kehidupan nelayan dan penduduk kampung yang tinggal di sekitar stesen jana itu.

Saya masih ingat kata-kata sahabat saya ini semasa saya membuat laporan berkenaan yang beliau katakan ` Ko buat saja itu laporan bos, yang penting laporan itu benar ‘. Ini telah menyuntik satu semangat dalam diri untuk menjadi seorang wartawan yang baik dalam menyediakan laporan.

Dengan itu, saya telah membuat tujuh siri laporan berkenaan sedangkan beberapa orang rakan media yang menyertai lawatan itu tidak dibenarkan membuat laporan oleh pihak tentu termasuk pihak pengurusan mereka.

Sebelum saya menutup coretan nota saya kali ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pengarang, Samsul Alimarang dan rakan-rakan di bahagian editorial Utusan Borneo ini yang memberi ruang pada saya pada kali ini dan membantu saya menyediakan laporan berita dan rencana sepanjang bertugas di akhbar ini. Sekian terima kasih…

tamat